- Pertama, akan muncul da'ie yang tidak mampu istiqamah di dalam mengikuti irama perjalanan dakwah yang dinamik. Ia akan disibukkan dengan problem-individu dan semakin jauh dari aktiviti dakwah.
Kedua, munculnya daie-daie yang menginginkan kehidupan dakwah sebagai sesuatu yang ringan dan menyenangkan secara duniawi. Ketika perjalanan dakwah ini begitu panjang memerlukan pengorbanan yang banyak, mereka cenderung menjadi orang yang ingin 'hidup dari dakwah' dan bukan 'menghidupi dakwah'.
Ketiga, munculnya ketidakmampuan di dalam menjalankan misi dakwah di tengah-tengah masyarakat.
Keempat, akibat daripada ketiga hal ini, dakwah disibukkan oleh permasalahan atau isu-isu internal yang menghilang energi dakwah, sehingga tidak mampu menjalankan misi-misi perubahan secara efektif. Misi utama dakwah adalah melakukan agenda perubahan dan pembaikan.
Kelima, akibat ketidakmampuan ini, timbul jarak kesenjangan antara harapan besar masyarakat dengan apa yang boleh diberikan oleh dakwah. Lalu terjadi krisis kredibiliti dan krisis legitimasi. Krisis ini makin bertambah dengan munculnya isu-isu negatif jamaah di dalam masyarakat .
Keenam, akan muncul pemikiran di kalangan da'ie yang lemah, untuk menarik kembali dakwah mundur ke belakang. Mereka merasa lebih selesa jamaah berada di fasa ekslusif dari berdepan di fasa terbuka.
Menuju Redha Allah
Monday, April 8, 2013
# ALLAH ITU MAHA MENDENGAR #
menuju perubahan ke arah yang lebih baik . Allah,,peritnya susahnya meninggalkan zaman2 lalu..Allah...Allah..Allah...ye cume Allah je la yang boleh faham, yang boleh sentiasa dengar keluhan hati ini..sebab Allah sentiasa ada buat diri ini..mengharapkan manusia untuk selalu di sisi memang takkan laa..Allah..kalau ini yang terbaik..aku redha.. ya ALLAH, masalahnya adakah aku benar2 redha sekarang?? tak apa lah.. mungkin ini Allah beri sebagai balasan atas dosa2 ku yang lalu..terima kasih Allah..aku cinta engkau ya Allah..i love you Allah..moga aku istiqamah..aamiinn
Sunday, April 7, 2013
Bersedih? Ada Allah Bersamamu
ye. ada yang kata memaafkan tu lagi pahit dari meminta maaf. tapi silalah faham. meminta maaf pun perlukan kekuatan. sungguh, perkataan maaf tu hanya patut diucapkan pada yang tahu menghargainya sahaja. jangan kesalahan orang lain saja yang difikrkan, kesalahan sendiri yang utama. fikir, kenapa orang tu meminta maaf dan patut dimaafkan. dan pesanan wahai adam, janganlah beri harapan kepada si hawa. sekali dia mengharapkan awak, selama-lamanya dia akan menunggu awak. lelaki cakap senang, alah lama2 lupa la tu kan, jangan tunggu la apa la.. turunkan ego awak sikit. si perempuan yang dulunya seorang yang ego boleh turunkan ego die semata- mata untuk awak, kenapa awak tak boleh ? jadi, tolonglah. cakap. nak sungguh2, taknak sungguh2. cakap biar jelas. jangan bagi orang lain tertanya-tanya.
cc untuk diri sendiri yang juga manusia biasa
Saturday, March 23, 2013
Capai Istiqamah Dalam Ibadah*
Pertama, banyakkan berdoa. Doa khusus ialah minta Allah anugerahkan pada kita supaya sentiasa beristiqamah. Doa sebenarnya satu visi. Jika di minda ada tergambar untuk mendapatkan istiqamah sudah tentu jadi pendorong, apabila malas akan teringat pada visi.
Kedua, berkawanlah dengan mereka yang komited dengan kebaikan. Kawan baik ialah kawan yang membantu kita berbuat baik. Kawan baiklah kawan yang mendorong kita ke syurga. kawan yang baik ialah kawan yang menghalang kita daripada terjerumus ke neraka.
Ketiga, untuk beristiqamah ialah dengan menulis matlamat yang kita nak capai dan lekatkan di mana-mana tempat di rumah atau pejabat serta mudah dilihat. Ia bertujuan supaya kita tidak mudah lupa.
Keempat, apabila sudah dapat kita tunaikan amalan yang kita nak beristiqamah, iaitu apabila amalan itu sudah mula sebati dengan jiwa kita buatlah kenduri iaitu raikanlah kejayaan kita itu dengan doa selamat dengan menjemput sahabat terdekat.
Kelima ialah dengan berdialog dengan diri sendiri. Biar diri kita yang memujuk diri sendiri dengan membandingkan istaqamah orang-orang dulu. Sekiranya mereka dapat melakukannya kenapa kita tidak? Mereka juga manusia seperti kita.
Keenam, bayangkan pahala besar yang menanti kita apabila kita dapat beristiqamah. : ‘Semoga Allah menerima amalan kita dan amalanmu’”.
Wednesday, March 20, 2013
Akibat Lemah Tarbiyah*
Tuesday, March 19, 2013
“Satu perkara yang mesti kita ingat…dan perbetulkan persepsi kita…..berubah jadi baik dan bertaubat adalah perkara yang tak boleh ditangguh-tangguh…….berubah dan bertaubat mesti dilakukan serta merta …kerana jika kita tangguh dan tunggu dulu…..maka dikhuatiri kita tidak sempat..bertaubat dan berubah…kerana ajal maut itu tidak kita tahu bila tibanya….apakah kita boleh menjamin umur kita panjang?apakah kita boleh hidup sehingga ke detik masa kita bertaubat dan berubah……”please don't make your life as a gambling game”jangan perjudikan hidup awak dengan hanya bersandarkan harapan yang tak pasti…..” Jika kita menyatakan kita kena tunggu sehingga dah benar- benar baik dan bersedia baru kita pakai tudung menutup aurat……maka adakah umur kita sepanjang itu untuk sampai ke detik itu????? Jika kita dimatikan Allah bagaimana?”
“Samalah macam awak tidak mahu kahwin hanya kerana awak nak tunggu calon suami yang benar-benar perfect..hensem….macho…hmm
Friday, March 15, 2013
Senyum itu sunnah Rasulullah :D
Bukan sukar untuk menghadiahkan senyuman tetapi kita sendiri menyukarkan senyuman itu terpamer di wajah. Hati mana tidak tenang apabila sedang dalam kekusutan, masih lagi boleh tersenyum kepada rakan. Senyuman itu adalah ciptaan indah Allah SWT, malah senyuman juga adalah kuntuman indah yang sentiasa dipersembahkan Rasulullah SAW, manusia sempurna yang patut diteladani segala sifat, sikap dan tingkah lakunya.
Ada beberapa hal menarik pada diri Baginda SAW yang jarang diungkapkan ramai iaitu mengenai senyumnya. Sepintas lalu, hal itu mungkin nampak kecil dan tidak bererti tetapi apabila dikaji, sebenarnya senyuman Rasulullah SAW memberi impak positif yang sungguh luar biasa. Hikmahnya, banyak kejayaan Rasulullah SAW dalam misinya sebagai penyebar risalah tauhid disebabkan oleh senyuman dan keramahan Baginda.
Banyak Tersenyum
Disebabkan itu, Rasulullah SAW dapat mempengaruhi orang ramai sehinggakan Baginda dicintai dan disegani kawan, juga lawan. Sahabat adalah saksi kehidupan Rasulullah SAW yang penuh dengan senyuman. Antara sahabat besar yang pernah menceritakan betapa indahnya senyuman Rasulullah SAW ialah Saidina Umar. Kata Saidina Umar,
"Rasulullah SAW tersenyum dan Baginda adalah orang yang paling bagus giginya."
(Hadis diriwayatkan Ibnu Hibban)
(Hadis diriwayatkan Ibnu Hibban)
Seorang lagi sahabat Rasulullah SAW, Abdullah bin Al-Harist menyatakan,
"Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW."
(Hadis riwayat At-Tirmizi)
(Hadis riwayat At-Tirmizi)
Cucu kesayangan Baginda SAW, Saidina Husein juga ada menggambarkan bagaimana sikap Rasulullah mana direkodkan oleh Imam At-Tirmizi, beliau berkata,
"Aku bertanya kepada ayahku (Saidina Ali) mengenai adab dan etika Rasulullah SAW terhadap orang yang bergaul dengan Baginda. Ayahku mengatakan: Baginda senantiasa tersenyum, budi pekerti lagi rendah hati, Baginda bukanlah seorang yang kasar, tidak suka berteriak-teriak, bukan tukang cela , tidak suka mencela makanan yang tidak disukainya. Siapa saja mengharapkan pasti tidak akan kecewa dan siapa saja yang memenuhi undangannya pasti akan sentiasa puas."
Senyum Kepada Sesiapa Sahaja
Rasulullah SAW walaupun dalam keadaan marah, tetap mempamerkan senyumannya hatta kepada orang yang tidak disukai. Perkara itu pernah direkodkan Imam Bukhari disebutkan bahawa Saiditina Aisyah berkata:
"Ada seorang lelaki yang meminta izin untuk bertemu dengan Rasulullah SAW. Ketika Baginda melihat orang itu dari jauh, maka Baginda bersabda: Dia adalah seburuk-buruk saudara dan anak dalam kerabat. Namun ketika orang (Uyainah) itu sudah duduk, Baginda memberikan senyuman di wajah dan menerima dengan baik hati kedatangan orang itu. Ketika orang itu sudah pergi, Aisyah berkata kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah, ketika kau melihat orang itu tadi dari jauh engkau berkata begini dan begitu. Tapi kemudian engkau berwajah ceria setelah berada di hadapannya dan menerima kedatangannya dengan baik hati. Kemudian Rasulullah bersabda: Wahai Aisyah, bilakah engkau melihatku berbuat tidak baik?"
Imam al-Khataby ketika mensyarahkan hadis itu berkata, "Hadis ini dilihat dari sudut adab dan ilmu". Ucapan Rasulullah SAW mengenai diri Uyainah sesuatu gambaran yang tidak disukainya secara jelas disebut Ghibah. Ghibah berlaku di antara sebahagian orang dari umat Islam terhadap sebahagian yang lain. Namun, perlakuan Baginda adalah menjelaskan dan mengungkapkannya dalam bentuk nasihat dan kasih sayang terhadap umatnya.
Kerana Baginda sudah dianugerahi sifat kemurahan hati dan akhlak yang baik, maka Baginda memperlihatkan wajah berseri dan tidak menghadapi kesukaran berhadapan orang tidak disukainya. Baginda bertindak sebegitu supaya umat Islam meniru perbuatan Baginda, supaya dapat dihindari keburukan yang boleh menimpa umatnya dan mereka boleh selamat daripada kejahatan dan tipu daya.
Begitu indah akhlak Rasulullah SAW, walaupun seseorang itu tidak disukai, Baginda tetap mempamerkan senyuman dan menyambut kedatangan Uyainah dengan ceria. Sebagai umatnya yang mengaku bahawa Baginda adalah sebaik-baik manusia dan seorang nabi dan rasul, tidakkah kita malu kerana tidak mengikut perbuatan Baginda yang sentiasa menghadiahkan senyuman kepada orang ramai.
Bertegas Bila Perlu
Sesungguhnya beruntunglah mereka yang mengikuti perbuatan Rasulullah kerana harga senyuman tidak ternilai dengan wang ringgit. Ketegasan Baginda juga dapat dilihat dalam hadis diriwayatkan Imam Bukhari dan Muslim mengenai wanita dari kabilah Makhzumiyah yang mencuri. Kaum Quraisy bingung dengan permasalahan itu kerana mereka tahu hukuman pencuri mengikut undang-undang Islam ialah dipotong tangan (mengikut syarat ditetapkan).
Mereka bertanyakan kepada sesiapa yang berani berjumpa Rasulullah SAW memohon melepaskan wanita itu. Usamah disarankan bertemu Rasulullah SAW kerana Rasulullah menyayangi Usamah. Maka Usamah pergi dan berbicara kepada Rasulullah SAW untuk minta pembelaan atas wanita itu. Kemudian Rasulullah SAW bersabda:
"Jadi kamu ingin memohon syafaat (pembelaan) terhadap salah satu dari hukum Allah?"
Setelah mengucapkan ayat itu, Baginda berdiri dan berkhutbah:
"Wahai manusia! Sesungguhnya yang menyebabkan binasanya umat sebelum kalian ialah apabila mereka mendapati ada orang mulia yang mencuri, mereka membiarkannya. Tetapi apabila mereka mendapati orang lemah di antara mereka yang mencuri, mereka akan menjatuhkan hukuman kepadanya. Demi Allah! Jika Fatimah binti Muhammad yang mencuri, nescaya aku akan memotong tangannya".
Oleh itu, marilah kita menjadikan senyuman dan ketegasan Rasulullah SAW sebagai panduan dan pada masa sama menilai hikmah di sebaliknya. Senyumlah, kerana senyuman tidak pernah mengurangkan rezeki sesiapa, malah dengan senyuman hati berasa tenang dan sentiasa disenangi orang lain. Sementara bertegaslah dalam keadaan perlu supaya agama tidak diperkotak-katikkan.
ku mohon cintaku terkunci rapi :)
Cinta..
Dikau itu fitrahnya suci
Sesuci embunan pagi
Seputih turunan salji
Dikau itu fitrahnya suci
Sesuci embunan pagi
Seputih turunan salji
Cinta..
Syukran Ya Ilahi
Sesungguhnya kurniaan-Mu ini ibarat pelangi
Mewarnai segenap hidupan duniawi
Syukran Ya Ilahi
Sesungguhnya kurniaan-Mu ini ibarat pelangi
Mewarnai segenap hidupan duniawi
Cinta..
Andai manusia itu bijak pekerti
Pastinya dikau tidak sesekali dinodai
Tentunya dikau aman di lubuk sanubari
Andai manusia itu bijak pekerti
Pastinya dikau tidak sesekali dinodai
Tentunya dikau aman di lubuk sanubari
Cinta..
Kenapa dikau selalu disalaherti?
Dituduh, dihina.. sering dicaci
Tatkala manusia terlajur diri
Kenapa dikau selalu disalaherti?
Dituduh, dihina.. sering dicaci
Tatkala manusia terlajur diri
Cinta..
Usah dikau bersedih hati
Dikala manusia menunjuk benci
Bukan salahmu sekali-kali
Usah dikau bersedih hati
Dikala manusia menunjuk benci
Bukan salahmu sekali-kali
Cinta..
Dikau sebenarnya penyeri
Buat kami khalifah di bumi
Juga buat anak cucu kami
Dikau sebenarnya penyeri
Buat kami khalifah di bumi
Juga buat anak cucu kami
Cinta..
Hapuslah air matamu di pipi
Imbaulah kembali indahnya memori
Disaat dikau penyatu kasih yang murni
Hapuslah air matamu di pipi
Imbaulah kembali indahnya memori
Disaat dikau penyatu kasih yang murni
Cinta..
Adakah dikau masih ingati?
Saat Adam dan Hawa menyemai kasih syurgawi
Bukankah terbukti dikau penyatu dua hati?
Adakah dikau masih ingati?
Saat Adam dan Hawa menyemai kasih syurgawi
Bukankah terbukti dikau penyatu dua hati?
Cinta..
Zaman ini banyak sekali tragedi
Menarik dikau ke lembah penuh misteri
Habislah dikau andai manusia hilang pedoman diri
Zaman ini banyak sekali tragedi
Menarik dikau ke lembah penuh misteri
Habislah dikau andai manusia hilang pedoman diri
Cinta..
Zaman ini dikau tidak lagi selalu disanjung tinggi
Namamu hanya menjadi zikir pemuda pemudi
Peroleh kepuasan penuhi nafsu meninggi
Zaman ini dikau tidak lagi selalu disanjung tinggi
Namamu hanya menjadi zikir pemuda pemudi
Peroleh kepuasan penuhi nafsu meninggi
Cinta..
Ingin sekali aku bersimpati
Namun aku sendiri serupa insani
Mungkin dikau mangsaku sejurus ini
Ingin sekali aku bersimpati
Namun aku sendiri serupa insani
Mungkin dikau mangsaku sejurus ini
Cinta..
Percayalah, andai aku miliki iman di hati
Dikau tidak sesekali akan aku sakiti
Kerna dikau hanya halal buat insan bernama isteri
Percayalah, andai aku miliki iman di hati
Dikau tidak sesekali akan aku sakiti
Kerna dikau hanya halal buat insan bernama isteri
Cinta..
Aku ini seorang lelaki
Miliki gelojak nafsu juga naluri
Semoga dikau tidak membawaku ke jalan mati
Aku ini seorang lelaki
Miliki gelojak nafsu juga naluri
Semoga dikau tidak membawaku ke jalan mati
Cinta..
Aku ingin miliki seorang suri
Kalau bisa, seanggun bidadari
Namun semuanya dalam lukisan rezeki..
Aku ingin miliki seorang suri
Kalau bisa, seanggun bidadari
Namun semuanya dalam lukisan rezeki..
Cinta..
Andai suatu hari aku akan dicintai
Andai suatu masa aku akan mencintai
Sudilah engkau terbit menemani jiwa kami
Andai suatu hari aku akan dicintai
Andai suatu masa aku akan mencintai
Sudilah engkau terbit menemani jiwa kami
Cinta..
Buat masa ini
Aku ingin sekali kau dikunci rapi
Kerna kini aku ingin menimba ilmu Ilahi
Buat masa ini
Aku ingin sekali kau dikunci rapi
Kerna kini aku ingin menimba ilmu Ilahi
Cinta..
Sabarlah dikau buat sementara ini
Tatkala sudah tiba masanya nanti
Datanglah kembali menghiasi bahtera kasih abadi...
Sabarlah dikau buat sementara ini
Tatkala sudah tiba masanya nanti
Datanglah kembali menghiasi bahtera kasih abadi...
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)


.jpg)

